Rabu, 7 Julai 2010

Temuduga Oh Temuduga...

Since i was graduated, there were 6 interviews that i had attended, and more 4 incoming interviews...

1. My First job Interview is at Aventa Group (Terang Nusa), a manufacturing company that produced rubber gloves. The post offered is Assistant Planner, with basic starting salary RM850. The location is at Pengkalan Chepa, Kelantan. That was nothing problem regarding the interview and i didn't get the result until today as i consider it was unsuccessful. i know the reasons..hehe

2. My 2nd interview was an assesment session with RHB Bank in Jalan Tun Razak, KL (HQ). the interview is for Management Associate Programme, a program to recruit best talents to be the future leader of the company. it was held on 10/6/2010. I didn't pass the assesment, among the 13 candidates(most of them have banking/finance bacground), only 3 was sucessful. I was failed due to tough mathematical paper.hehe

3. Then, the next interview is on 17&18/6/2010 in UiTM Shah Alam. So many candidates, around 100 peoples that fight for 38 posts offered. There were 2 stages, and 50 candidates succeed to join the 2nd stage. The job offered is Executive Officer N27 (which is for diploma level). i was success to be in the 2nd stage. Overall, i got a lot of positive comments from the interviewers/panels.. e.g: " U have a very good communications skill and excellent CGPA, why not u join the corporate world?? that is suitable for u", and other panel said " i think u are overqualified, i am confident that, if u join us as EO, then in 2-3 months u will leave..". On the other day, the other panel ( Pn Azida Deputy Registrar) said " i see u have charisma,talented, and very good CGPA which is near to 1st Class Degree.. why u apply for this post? let give the chances for diploma holder lahh.. i think better u further your master degree n u come here to be lecturer, that most suitable for you.." this situation make feel more confident..

4. The 4th interview that i had attended was in Linton University, Negri Sembilan on 22/6/2010. The post offered is Business Development Executive. The Job description is to conduct marketing works. Basically, i had sucess for the job and the manager agreed to employ me. But, because of the job has no basic salary, the income totally depends on commision, so decided to refuse the job. i think i can try better jobs.

5. Next, Interview for Proton Holdings on 29/6/2010, the post offered is Management Trainee. it was held at The Gardens, KL. i'am very interesting with this offer bcoz the automotive industry is my interest and the salary offered also attractive, RM 2.4K n allowances RM200 per month, total is RM 2.6K. i have success the 1st stage of the interview and the 2nd stages (assesment) is on 8/7/2010.

6. The last Interview is for Pegawai Tadbir and Diplomatik post offered by JPA. i was called for a briefing session in Putrajaya n attend the interview on that day. about 100 peoples there including my senior, Fajil. it was held on 5/7/2010

Rabu, 9 Jun 2010

RHB Management Associate Program: A New Experience

1.Alhamdulillah.. the assesment session for RHB Management Program had already finished..

2.Basically the program is conducted by the company to recruit the best talent of young graduates to become the leaders a.k.a future leaders for the company

3.I got the call for the interview on 8th of June 2010, and after that receive initation e-mail for the assesment and interview session.

4.Before i make the decision to join the program, i had think twice..not twice, but many times.. consider the Pro n Cons, the probability of chances to pass and so on.

5. But, after getting advise from my dad, finally i decide to join the program, the main objective to gain a new experience and exposure regarding the assesment session at the 4th largest bank in M'sia.

6. I arrived at KL, alone.. at early of the morning, about at 5.30 pm. seeking places to take a rest and prepare for the interview. Went to Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak.

7. Went to Menara RHB earlier in the morning, at 7.30 a.m (the interview scheduled at 9.am)

8. There are 12 candidates for the MAP program, most of them are chinese.. only 4 Malays(all of them are UiTM students!) UiTM dihatiku mmg bestt..he2

9. All of them are bright students and highly talented.. (huh, a great competition !) but... most of them have the Bankin/Finance/Accounting experience.. only me, the public admin student,hehe..

10. The 1st assesment test is attitide test, need to answer the question...Next test is a case study paper (juz like in finacial exam) but there are a lot of questions to be answered at limited time given.

11. The most critical phase is the Numerical Test!!huhh.... a lot of biznes mathematical questions, with charts, stastistic and bla3x.. really hate calculation, and i fail to answer all of the question..hehe

12. The next stage is writing test..just a normal and easy essay...

13. The last one is the best stage!! Leaderless discussion.. a real case given to be solve in a 30minutes meeting... need to talk, argue and defence my opinion.. it's good and i like it!!

14. Lastly, after the lunch the result had come out.. from the 12 candidates, only 3 pass for further stage of interview..

15. According to the HR personnel who evaluate us, the problem is not on the talent.. but most candidate fail in the numerical test!!hoho... because of limited time to answer...

16. Finally, we are invited to attend another interview next week on 16th of June... for the Credit Department.. and that will be a short cut interview for us.. but the matter is already out of my interest.. =)

17. Even not sucess, but i really appreciate the valuable nice experience! =)

Sabtu, 10 April 2010

Lafazkanlah Kalimah Itu

Lafazkanlah kalimah itu
Segalanya pasti kan berlalu
Mengapa lidah hanya membisu
Di sebalik rasa yang bertamu

Lafazkanlah kalimah itu
Selagi hayat masih bersamanya
Suatu ketika jasad kan kaku
Kata-kata tidak lagi bermakna

Lafazkanlah kalimah itu
Tatapilah wajahnya yang sayu
Usah biarkan penyesalan membelenggu
Suatu penyeksaan dalam hidupmu

Lafazkanlah kalimah itu
Sebelum kehilangan menjadi ganti
Zahirkanlah rasa hatimu
Sebelum pusara menjadi saksi

Lafazkanlah kalimah itu…







Setulus kasih :





Sunanputra
11.15 a.m
17 Mac 2007
Kolej Cempaka/Kenanga
UiTM Shah Alam.

10 APRIL 2010

1. Hari ni, pagi2 la dah kena pergi sesi consultation dgn madam Azni untuk tesis.. Alhamdulillah progress berjalan dgn lancar meskipun penat buat editing LR mlm td..

2. Kesihatanku hari ni tidak berada di thp optimum, rasa mcm nak demam + letih...

3. Lepas consultation, balik ke umah kejap.. then terus bergerak ke Bandar Laguna Merbok, sempat lunch kat Radix FC jap.hehe.. (walaupun xbrapa selera coz xsht)

4. Then, pi servis radiator Mercedes Benz ku.. huhu, tukar radiator baru, coz yg lama tu da reput n ada bocot sana sini.. tkr copper pnye radiator kosnye RM 580!! giler.terkejut... nsb baik Ayah cool jerr, dia suh tukaq terus yg baru..hehe.. Thanx dad! =)

5. Then pi tesco, beli fuel traeatment oil (bg jimat sket mnyk kete aku)... n then pi basuh kereta.. (bersinar beb!)..hehe

6. blk umah, pah slt zohor..terus tdorrr.. until 6.30 pm.. bagun tdo pun still pnt lg... xsht pnye badan. Hari ni aku da mnm 3sachet KOPI RADIX daaa! =p

7. Solat maghrib kat surau Fasa 3 TLB... kena lak jd IMAm... sbb ustaz xda.. (pakcik2 yg suruh....)

8. Mkn mlm free 2nite..sbb kt surau tu ada jamuan kenduri..hehe alhamdulillah =)

9. Solat isyak pi kat Surau Fasa 1 TLB... pak andak (imam besar) xda.. jemaah pun xramai sgt.. jd, trpaksala kena ganti jd imam... (pkcik2 gak yg srh).. segan la jgk, sbb aku ni bdk2 lg, tmbah2 bkn org lama kat situ... xkshla..

10. Balik umah..rehat2 sckpnya.. malas tol nak studi..huhuhu...

11. hari ni bawa keta pening aja... nsb baik xjadi pe2.. kuar sorang2 lak tuu..uishhh.. alhamdulillah =)

Isnin, 22 Mac 2010

Warkah Puteri Remaja


Aku merenung di sudut kota

Para remaja berfoya-foya

Leka bermain dengan dunia

Sungguh galak lelaki dan wanita


Aduhai puteri remaja…

Berapakah nilai sebuah mahkota

Begitu mudah ia ternoda

Tidak diendah betapa mahal harganya

Menjadi santapan rakusan nafsu

Apakah ianya sekadar bersuka ia?

Mereka kata itu cinta

Benar…

Itulah ia cinta neraka


Aduhai puteri remaja…

Kemanakah lesapnya kemurniaan akhlak

Suatu kebanggaan si gadis Melayu

Apakah kini kian terhakis

Umpama tebing di gigi air

Roboh dihentam badai dunia


Aduhai puteri remaja…

Malumu itu umpama perlindungan

Perisai indah pembela maruah

Kian hari kian pudar

Ke mana pergi kurniaan Tuhan

Buat insan bergelar perempuan


Memang benar kata laksamana

Tidakkan hilang Melayu di dunia

Apa erti bergelar Melayu

Jika aslinya sudah tiada

Islam mereka hanyalah nama

Tidak mengenal dosa pahala

Buat mereka semua sama



Aduhai puteri remaja…

Bangkitlah dari mimpi lena

Sedarlah dikau bukalah mata

Hidup ini hanya seketika

Dunia singghahan seorang hamba

Untuk menuju destinasi abadi

Hanya ke Syurga atau Neraka


Aduhai puteri remaja…

Ayuh mara kita bersama

Semarak kembali gemilang agama

Kita bukti kata laksamana

Kita sahut seruan Yang Maha Esa

Usah kita menanti masa

Martabat dijulang maruah terbela



Karya :

Sunanputra

27 Mac 2006

5:10 p.m

HRPZ II

Sabtu, 5 Disember 2009

Kerabat Raja Jembal Kelantan

sejarah pertubuhan kerabat raja jembal kelantan


PENGENALAN

Negeri Kelantan hari ini merupakan sebuah negeri yang diasaskan daripada sebuah kerajaan yang kukuh dan disegani sejak zaman berzaman. Kelantan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan unik. Disebabkan pantainya menghala ke timur, maka telah wujud satu bentuk jalinan perhubungan tradisi dengan negeri China dan negeri-negeri yang lain di rantau ini.Kedudukannya di persisiran pantai dan tambah pula posisinya di pertengahan jalan dagang timur barat, sudah tentu ia menjadi satu kawasan yang strategik dan mendapat perhatian kepada pedagang-pedagang yang berulang alik dan kerajaan-kerajaan besar dunia pada masa itu. Dengan itu tidak hairanlah jikalau di Kelantan terdapat sebuah kerajaan yang besar yang mengawal aliran perdagangan dan politik di kawasan ini.Salah sebuah kerajaan yang agung dan terkenal sedikit masa dahulu ialah kerajaan di bawah pimpinan keluarga Diraja Jembal. Keluarga Raja Jembal ini memerintah Kelantan dalam abad yang ke-17 dan 18 iaitu antara 1600-an hingga tahun 1733 M.

SEJARAH AWAL


Asal Nama Kelantan
Sejarah awal Kelantan iaitu bila ianya diasaskan agak sukar dikesan. Setengah-setengah ahli sejarah berpendapat Kelantan sudah wujud sebelum abad yang pertama lagi. Masa itu ialah dikenali dengan nama Medang Kemulan, iaitu bermaksud "Medan Permulaan". Dari abad pertama hingga abad kelima ia dikenali pula dengan panggilan Medang Gana.Dalam abad yang ke-5, Kelantan dikenali pula dengan nama Kalatana atau "Tanah Kala". Dalam catatan Cina disebut Ho-lo-tan iaitu catatan yang dibuat oleh Shen Yao (414 - 512 M).Menurut satu riwayat lain, dalam abad yang ke-11, orang melihat satu pancaran sinar yang kuat pada suatu malam dari Bukit Panau terus menjulang ke langit. Oleh kerana pancaran itu dapat dilihat di seluruh pelusuk Kelantan dan mempunyai pengertian yang rahsia, maka raja yang memerintah pada masa itu telah memberi nama sebagai Medan Kilatan Saji. Nama ini disebut "Kilatan" sahaja dan seterusnya menjadi Kelantan, hinggalah ke hari ini.


Kelantan Abad ke-15
Catatan sejarah Kelantan yang lebih jelas ialah bermula pada abad yang ke-15. Dalam tahun 1411 M, Kelantan diperintah oleh seorang raja yang beragama Islam yang bernama Raja Kumar. Baginda menjalinkan hubungan yang baik dengan negeri China. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Sultan Iskandar sehingga tahun 1465 M. Setelah baginda mangkat, diganti pula oleh putera baginda iaitu Sultan Mansur. Masa ini Kelantan menjadi terkenal di merata tempat.Pada tahun 1477 M, Kelantan telah diserang oleh Melaka yang di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, satu peristiwa yang menarik telah berlaku, iaitu berakhir dengan perkahwinan antara Sultan Mahmud Syah dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening.Setelah Sultan Mansur mangkat pada tahun 1526, anakanda baginda Raja Gombak telah menjadi Sultan. Apabila Sultan Gombak mangkat, cucu baginda, Raja Ahmad pula ditabal menjadi Sultan pada tahun 1584 bergelar Sultan Ahmad. Sultan Ahmad telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, sepupu dengan Raja Hussin. Baginda mendapat seorang puteri dan diberi nama Cik Wan Kembang.


Cik Siti Wan Kembang
Apabila Sultan Ahmad mangkat pada tahun 1589, anakanda baginda Cik Wan Kembang tidak dapat ditabalkan kerana baru berusia 4 tahun. Oleh itu Raja Hussin dari Johor dilantik menjadi pemangku raja. Setelah Raja Hussin mangkat pada tahu 1610 M, Cik Wan Kembang pun ditabal menjadi raja. Pusat pentadbiran baginda ialah di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.Pemerintahan Cik Wan Kembang menjadi masyhur sehingga ramai pedagang datang berniaga, termasuklah pedagang dari Arab. Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Dari situlah baginda lebih dikenali dengan nama Cik Siti Wan Kembang.


KEBANGKITAN KERAJAAN JEMBAL
Pada masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Cinta Wangsa, di sebelah timur laut Negeri Kelantan telah timbul pula sebuah kerajaan yang berpusat di Jembal iaitu di bawah pentadbiran Raja Sakti. Hubungan kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan kerajaan Jembal di bawah Raja Sakti terjalin dengan baik sekali. Kedua-duanya saling menghantar utusan.

Asal-usul Kerajaan Jembal
Kerajaan Jembal asalnya diasaskan oleh Raja Besar yang dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah negeri Kedah dalam abad ke-14. Baginda Raja Bersiung dihalau oleh adinda baginda yang berpangkat Raja Muda. Baginda telah melarikan diri ke Kelantan. Mengikut ringkasan "Cetera Kelantan" yang ditulis oleh Dato' Nik Mahmud Nik Ismail (Dato' Paduka Raja), Raja Besar dan Raja Bersiung adalah orang yang sama. Kenyataan ini agak kabur dan bercanggah dengan fakta sejarah kerana Raja Bersiung memerintah Kedah pada abad ke-14, sedangkan pembukaan Jembal oleh Raja Besar ialah pada awal abad ke-17 (tahun 1600-an).Raja Besar dan pengikut-pengikut baginda mencari satu tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. Angkatan baginda telah menemui satu kawasan tanah yang subur yang terletak di tepi Sungai Babong dan Pulau Melaka. Di situ baginda mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya mendirikan sebuah kota. Di dalam kawasan itu terdapat sebatang pokok yang sangat besar iaitu pokok jambu jembal, lalu baginda menamakan tempat itu JEMBAL.Baginda Raja Besar tiba di Jembal bersama beberapa orang pengikutnya serta dua orang kanak-kanak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya dipercayai cucu baginda. Yang lelaki bernama Raja Sakti dan yang perempuan bernama Puteri Mani Kemeyan. Setelah kedua-duanya meningkat dewasa lalu mereka dikahwinkan.


Pertabalan Raja Sakti
Pada tahun 1638 M Raja Besar telah menabalkan Raja Sakti sebagai raja di Jembal dan memerintah di bahagian utara dan timur Kelantan. Jembal dijadikan pusat pemerintahannya. Tidak lama selepas pertabalan Raja Sakti, Raja Besar pun mangkat. Setengah cerita mengatakan Raja Besar ghaib menghilangkan diri, kerana itulah tidak terdapat makam baginda di kawasan Jembal itu.Raja Sakti dikurniakan tujuh orang putera-puteri, iaitu Raja Adiluddin (yang lebih dikenali dengan nama Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor (nama timang-timangannya Nang Rogayah) dan Puteri Cempaka Bongsu. Mengikut buku Abdullah Nakula, Raja Sakti terkenal dengan panggilan Raja Vijaya Indera atau Long Betong. Puteri baginda iaitu Puteri Unang Melor telah berkahwin dengan Raja Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin 1. Dari keturunan inilah asalnya Raja-raja yang memerintah Terengganu hari ini.


Penyatuan Kelantan di bawah Raja Loyar
Setelah Raja Sakti merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada mereka semua. Pada tahun 1649 M, Raja Loyar ditabalkan sebagai raja yang memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung.Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong (sekarang hanya kelihatan sebagai lembah sahaja yang dijadikan sawah padi, terletak di belakang Sekolah Menengah Raja Sakti), selama 7 hari 7 malam, setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini.Raja Loyar sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang "keramat".


Hubungan kerajaan Jembal Dengan Paduka Cik Siti Wan Kembang
Kerajaan Jembal terus maju dan makmur di bawah pemerintahan Raja Loyar. Baginda membuat perhubungan dengan kerajaan-kerajaan sekitar termasuklah dengan kerajaan di Gunung Cinta Wangsa di bawah pemerintahan Cik Siti Wang Kembang. Baginda berdua selalu bertukar-tukar utusan dan persembahan.Raja Loyar dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera yang diberi nama Raja Sakti (mengambil nama sempena ayahanda baginda), tetapi telah mangkat dalam usia setahun sahaja. Seorang lagi puteri dan diberi nama Puteri Mariam tetapi lebih dikenali sebagai Puteri Saadong. Puteri Saadong ini amat terkenal dalam sejarah Kelantan.Apabila Paduka Cik Siti Wan Kembang mendapat berita bahawa Raja Loyar mendapat seorang puteri, maka baginda berangkat ke Jembal menemui Raja Loyar.Apabila Cik Siti Wan Kembang melihat wajah Puteri Saadong, maka timbul perasaan kasih sayang dan berhasrat mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat baginda. Baginda bercadang melantik Puteri Saadong sebagai mewarisi takhta kerajaannya kerana baginda tidak mempunyai anak dan tidak bersuami. Hasratnya itu disampaikan kepada Raja Loyar dan baginda memperkenankan permintaan tersebut.Puteri Saadong telah dibawa ke Gunung Cinta Wangsa oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Di sinilah Puteri Saadong dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan penjagaan yang sempurna oleh seorang pemerintah negeri.Cik Siti Wan Kembang telah memerintahkan kepada pembesar negeri dan hulubalang supaya mencari dua ekor anak kijang untuk dijadikan binatang mainan Puteri Saadong supaya tidak kesunyian. Dari situlah gambar dua ekor anak kijang telah dijadikan lambang kebesaran kerajaan Negeri Kelantan sehingga ke hari ini.


Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
Apabila meningkat remaja, Puteri Saadong menjadi seorang Puteri yang sangat cantik paras rupa dan tingkahlakunya. Mengikut Abdullah Nakula, Puteri Saadong juga dikenali sebagai "Puteri Vijaya Mala". Kecantikan Puteri Saadong ini termasyhur ke seluruh negeri sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Siam iaitu Raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia. Baginda telah menghantar utusan ke Jembal untuk meminang Puteri Saadong. Setelah Raja Loyar berbincang dengan Cik Siti Wang Kembang, maka pinangan Raja Siam itu telah ditolak.Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar.Setelah istiadat perkahwinan itu selesai, Raja Abdullah telah membina sebuah kota di hilir Negeri Kelantan dan dinamakan "Kota Jelasin" (sekarang ini dinamakan Kampung Kota, dalam daerah Kota Bharu).Setelah beberapa lama bersemayam di Kota Jelasin, Paduka Cik Siti Wan Kembang bersama Raja Abdullah dan Puteri Saadong berangkat mudik ke hulu dan singgah membuka penempatan baru di Chetok, Pasir Mas. Penempatan ini diberi nama "Tanah Serendah Sekebun Bunga". Di sinilah dikatakan bahawa baginda Cik Siti Wan Kembang telah jatuh gering kerana mengidap deman panas. Baginda telah dibawa balik ke Gunung Cinta Wangsa dan mangkat di sana. Setelah kemangkatan Cik Siti Wan Kembang maka seluruh negeri Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.


Peperangan dengan Angkatan Siam
Berita perkahwinan Raja Abdullah dengan Puteri Saadong sampai juga ke pengetahuan Raja Siam. Baginda terus menghantar satu angkatan tentera ke Kelantan untuk merampas Puteri Saadong. Apabila sampai ke Kota Jelasin, maka berlakulah peperangan yang dahsyat. Rakyat Raja Abdullah ramai yang mati. Dalam senyap-senyap Raja Abdullah berundur ke Melor. Di sinilah baginda telah membina sebuah kota yang dinamakan Kota Mahligai.Kedudukan Raja Abdullah di Kota Mahligai dapat juga dikesan oleh angkatan Raja Siam. Mereka mula bergerak menuju ke Kota Mahligai. Kerana sayangkan nyawa rakyat Puteri Saadong sanggup berkorban. Baginda sanggup menyerah diri dengan persetujuan Raja Abdullah dan mengikut angkatan Siam ke Ayudhiya.Sepeninggalan Puteri Saadong ke Ayudhiya, Paduka ayahanda Raja Loyar telah mangkat. Jenazah baginda dimakamkan di Jembal (makam tersebut terletak di hilir Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti sekarang). Dengan persetujuan kerabat dan pembesar-pembesar negeri, Paduka baginda kepada Almarhum Raja Loyar iaitu Raja Omar yang dahulunya memegang jawatan sebagai Raja Muda telah ditabalkan menjadi raja di Jembal bergelar Sultan Omar.Sekembalinya Puteri Saadong dari Ayudhiya dan setelah mendapat tahu ayahandanya telah mangkat, baginda terus ke Kota Mahligai untuk menemui suaminya Raja Abdullah. Apabila sampai ke Kota Mahligai alangkah terkejutnya baginda kerana mendapati Raja Abdullah telah berkahwin lain, sedangkan baginda telah berjanji akan menanti sehingga Puteri Saadong pulang dari Ayudhiya, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak salah seorang pembesar negeri masa itu.Satu perbalahan telah terjadi antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah mangkat kerana ditikam oleh Puteri Saadong dengan pemancak sanggulnya di dada sebelah kiri, jenazah Raja Abdullah pada mulanya hendak dimakamkan di Jembal tetapi setelah disebabkan kesukaran perjalanan jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban berhampiran Melor.


Pemerintahan Raja Abdul Rahim
Setelah kemangkatan Raja Abdullah, adinda baginda bernama Raja Abdul Rahim telah ditabal menjadi pemerintah di Kota Mahligai pada tahun 1671 M bergelar Sultan Abdul Rahim. Baginda telah dikahwinkan dengan balu Almarhum Raja Abdullah. Setelah selesai pertabalan, Puteri Saadong pun berpindah ke Bukit Marak untuk bersemayam di sana. Pemerintahan Sultan Abdul Rahim dikatakan zalim dan ramailah rakyat jelata datang mengadu kepada Puteri Saadong di Bukit Marak sehingga baginda selalu berdukacita.Pada tahun 1673 M, Puteri Saadong berangkat ke Gunung Ayam iaitu berhampiran dengan Sungai Nenggiri (kawasan Gua Musang sekarang) untuk mengasingkan diri. Di sinilah berakhirnya riwayat baginda.Kezaliman Sultan Abdul Rahim telah dipandang berat oleh Sultan Omar di Jembal. Baginda telah memerintah anakandanya Raja Kecil Sulong menyelesaikan masalah pentadbiran di Kota Mahligai. Salah seorang orang suruhan Raja Kecil Sulong telah berjaya menikam Sultan Abdul Rahim di tepi Tasik Lalayang Mandi dekat Bukit Kecil, Melor. Kemudian baginda mangkat di situ juga.


Kegemilangan Kelantan di bawah Pemerintahan Sultan Omar
Sultan Omar telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1675 M setelah kemangkatan Raja Loyar. Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan.Semasa pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah dicapai. Antara kemajuan yang telah dibuat oleh baginda termasuklah membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal, yang terletak di kawasan Bachok.Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan Pattani, China, Jawa dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.Baginda dikurniakan lima orang putera-puteri iaitu Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.


Kedatangan Anak Raja Pattani
Dalam tahun 1686 M, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja dari Pattani telah datang mengadap baginda Sultan Omar. Mereka ialah Tuan Sulong (Long Sulong), Tuan Senik (Long Senik) dan Tuan Besar (Long Bahar).Setelah berada di Kelantan beberapa lama mereka bertiga pun dikahwinkan oleh Sultan Omar. Tuan Sulong dikahwinkan dengan Cik Biru, anak kepada Penghulu Hitam, orang besar baginda yang tinggal di Kampung Laut. Tuan Senik dikahwinkan dengan Cik Seku, anak Penghulu Deraman orang besar yang tinggal di Kampung Geting, Tumpat. Tuan Besar (Long Bahar) pula dikahwinkan dengan Raja Pah, puteri baginda.Baginda Sultan Omar telah membina sebuah kota dekat Jembal yang dinamakan kota Senang. Sekarang tempat ini dinamakan Kampung Senang. Kota ini kemudiannya diserahkan kepada menantu baginda Tuan Besar. Pada tahun 1721 M, baginda Sultan Omar telah mangkat setelah memerintah Kelantan selama 46 tahun. Jenazah baginda dimakamkan berhampiran dengan Kota Senang. Belindang makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri China kerana ukiran di batu itu mengandungi bentuk ukiran burung dan bunga yang terdapat pada lukisan orang-orang China.


Raja Kecil Sulong
Setelah kemangkatan Sultan Omar dengan persetujuan para kerabat serta pembesar negeri maka anakanda baginda Raja Kecil Sulong ditabalkan menggantikan baginda. Baginda telah membina sebuah kota berhampiran Jembal dinamakan Kota Teras yang diperbuat daripada teras tembesu. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Kampung Teras. Baginda memerintah selama lima tahun sahaja. Pada tahun 1725 M, baginda telah mangkat dalam usia yang masih muda.

Peranan Raja Pah
Sebelum jenazah Almarhum dimakamkan Raja Pah dipercayai telah mempengaruhi para kerabat dan pembesar negeri untuk menabalkan suaminya bernama Tuan Besar atau Long Bahar untuk menjadi sultan. Pertabalan Long Bahar menaiki takhta kerajaan dengan alasan bahawa Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih muda serta masih belum layak untuk memerintah negeri.Dengan pertabalan Long Bahar, suami Raja Pah itu maka tertolaklah Raja Abdul Rahman untuk mewarisi takhta kerajaan ayahandanya. Setelah Long Bahar menjadi raja, baginda telah berpindah dari Kota Senang ke Kota Jembal iaitu istana almarhum Sultan Omar, ayahanda mertuanya.Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda yang bernama Long Sulaiman telah menaiki takhta memerintah Negeri Kelantan. Daripada keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan sehingga ke hari ini.


PENUTUP
Nama Jembal yang begitu bersejarah hanya kekal disebut rakyat jelata sehingga tahun 1922 M sahaja. Bermula pada tahun itu tempat tersebut telah berubah dengan panggilan Kampung Kedai Lalat. Perubahan panggilan ini berlaku secara tidak dirancang tetapi hanya sebagai sindiran sahaja kerana pekan di situ pada awalnya lebih ramai penjual daripada pembeli.Kini, di sekitar Kedai Lalat, masih terdapat ramai keturunan Raja Jembal. Mereka bukan sahaja bertumpu di kawasan sekitar Kedai Lalat bahkan juga telah tersebar di segenap pelusuk Negeri Kelantan dan ke seluruh negara. Mereka berpindah disebabkan banyak faktor, antaranya kerana mencari nafkah dan tugasan lain.Keturunan kerabat Raja Jembal ini ada yang memakai gelaran RAJA, TENGKU, TUAN , KU dan NIK.


Ada juga sebilangan kecil yang telah membuang gelaran tersebut kerana sebab-sebab tertentu.Disebabkan keturunan ini tersebar luas ke seluruh pelusuk tanah air, ramai antara ahli-ahli kerabat sudah tidak mengenali antara satu sama lain. Dari itulah timbul usaha untuk menyatukan semula ahli kerabat ini di dalam satu pertubuhan yang dinamakan PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN. Semoga dengan usaha murni ini akan memberi manfaat yang besar kepada ahli kerabat seluruhnya.


(Dipetik dari Sejarah Ringkas: Kerajaan Jembal Kelantan, terbitan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan pada 14 Julai 1994)

Rabu, 2 Disember 2009

Isu Pengharaman BTN

Assalamualaikum wbt.

1. Sekarang ini hangat diperdebatkan tentang isu pengharaman kursus Biro Tatanegara(BTN) di sesetengah negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat(PR).

2. Saya berpendapat, tindakan kerajaan PR melakukan sedemikian adalah untuk menjaga kepentingan politik mereka kerana mereka tidak mahu rakyat yang tinggal di kawasan jajahan mereka terperngaruh dengan ideologi-ideologi politik yang disampaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

3. Secara umumnya, berdasarkan pengalaman peribadi saya mengikuti kursus BTN, modul-mudul dan pengisian yang disediakan adalah untuk menyedarkan dan menyuntik semangat patriotisma, cintakan agama, bangsa dan negara. Namun, pendekatan yang digunakan seolah-olah bias terhadap sesetengah pihak. Mungkin apa yang diceritakan dan dibincangkan adalah sesuatu yg benar, mengenai senario politik masa kini dan survival politik Bumiputera.

4. Bagi mereka yang mempunyai fahaman politik yang menyokong BN, mereka mungkin bersetuju dengan pendekatan tersebut tetapi bagi mereka yg fahaman politiknya menjurus kepada menyokong PR, mereka mungkin tidak bersetuju dan akan membangkang perkara tersebut kerana ia seolah-olah berbaur sentimen kebencian terhadap pembangkang.

5. Ada sesetengah pihak mendakwa BTN adalah bersifat perkauman, tetapi pd pndangan saya ia bukanlah sentimen untuk membenci kaum lain, tetapi untuk menyedarkan Bumiputera tentang nasib dan masa depan mereka. Mereka akan mentafsir perkara ini secara negatif sekiranya pemikiran mereka sempit dan mereka akan menerima perkara ini secara positif sekiranya mereka berfikiran terbuka, dalam kata lain dapat menerima dengan hati terbuka dan rasional. Hal ini kerana apa yg disampaikan dalam BTN adalah kebenaran dan bukannya hanya provokasi atau fitnah semata-mata.

6. Saya tidak menyalahkan kerajaan PR kerana mengharamkan BTN di negeri dibawah pemerintahan mereka kerana ia adalah tindakan untuk menjaga dan menyelamatkan politik mereka. Saya juga tidak menyalahkan kerajaan BN kerana menyelitkan idelogi politik mereka dalam kursus BTN kerana ia juga adalah alat atau pendekatan untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan mereka. Sekiranya PR yg menguasai Putrajaya, sy yakin perkara sama juga akan dilakukan oleh mereka dan seandainya BN yg menjadi pembangkang, mereka mungkin juga akan mengharamkan program seumpama itu di negeri-negeri pemerintahan mereka.

7. Bagi peserta-peserta BTN, amatlah penting untuk berfikiran terbuka dan gunakanlah sebaik-baiknya akal yg dikurniakan untuk membuat pertimbangan. Ambillah apa yang baik dan abaikan apa yang tidak baik. Jadilah masyarakat yang matang dan berdemokrasi. Pada pandangan saya, BTN TIDAK PERLU untuk diharamkan kerana banyak kebaikan yg dapat diperoleh rakyat dari program tersebut dalam membentuk masyarakat yg cintakan tanahair, cintakan perpaduan dan cintakan agama dan bangsa.